"Tan Sri Izmil Amri bukan dilahirkan untuk derhaka. Namun patik pacal yang hina sujud merafak sembah kepada sekalian 9 pasang duli Paduka Yang Di Pertuan, mohon kembalikan daulah ini kepada asalnya yang adil dan aman. Wariskan tanah ini kepada anak cucu dalam keadaan putih murni tanpa korupsi. Peliharakan agama dan bangsa yang ramai ini dengan bijaksana, berpandukan kalam Tuhan Yang Satu. Daulat Paduka-Paduka Tuanku! Selamat bersidang."

-

Status Facebook Tan Sri Izmil Amri. In conjunction with the 220th Conference of the Malay Rulers.

— orang Melayu tak beRaja macam air takde pembetung. mcm susu tak bergelas. mcm hutan takde pokok. mcm ikan tak bersungai.

Text

Aku bukan pemimpin bangsa,

Tiada pingat, tiada gelar,

Tiada pangkat, tidakku rasa pijar.

Aku bukan pemimpin bangsa,

Tiada parti, tiada kroni,

Tiada kompeni, dan tiada bini besar.

Aku bukan pemimpin bangsa,

Tiada rumah, tiada harta,

Tiada menantu untuk diperkaya.

Aku bukan pemimpin bangsa,

Aku tiada uwang berjuta,

Aku tiada cawangan merata,

Aku tiada projek menggila.

Aku bukan pemimpin bangsa.

Aku tidak berdiri di depan-depan,

Mengharapkan rakyat berbelas ihsan.

Undi aku, dapat beras satu tan.

Aku bukan pemimpin bangsa,

Tidak aku jejak tangga parlimen,

Tidak aku janjikan jalan kampung bersimen,

Tidak aku pedulikan untung kerja gomen.

Aku hanya rakyat marhaen.

Aku hanya risau hutang PTPTN.

Aku hanya ada kertas dan batang pen.

Aku tulis supaya orang berfikir,

Bukan hidup senang, tak peduli fakir,

Mohon manusia buka mata, supaya bangsa celik deria,

Moga merubah apa yang ada.

Aku bukan bakal pemimpin bangsa.

Matiku nanti tak dilagukan.

Aku hanya mahu julang tinju ke awan,

mohon tuhan kembalikan keadilan.

Aku mangkin perubahan.

Revolusi dan reformasi aku jadikan mainan.

Kerana hanya orang susah akan faham erti perjuangan.

"Ya, dunia tidak adil. TETAPI INGAT. Tanpa dunia, kamu semua akan terapung-apung dalam hampagas yang hitam dan amat sejuk."

- The Lord Panda. Dari dinding grup Menentang Penggunaan Bedak Sejuk Oleh Org Yg Tak Suka Black Metal.

[Flash 9 is required to listen to audio.]

BLiZ - Mimpi Yang Mati

Tak sengaja genggamanku terbuka
Lantas ku gapai bintang yang berjuta
Bintang yang kuimpikan menerangi
Takkan kubiarkan berlalu pergi

Andai benar kau menjadi milikku
Mencintaimu menjadi sumpahku
Namun jika hadirmu satu mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari


c/o : Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati


Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendambar dirimu satu ilusi
Bintang yang kugapai tak berpanjangan
Hadirmu di dunia hanya pinjaman


Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati


Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati


Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

Text

Aku boleh memilih untuk dress up, pakai minyak wangi mahal dan pergi melompat mabuk-mabuk dalam club. Tapi aku tak buat.

Aku boleh juga memilih untuk duduk bawah flyover, hidu gam sambil layan post rock bersama sahabat taulan yang aku tak kenal. Pun aku tidak buat.

Aku boleh memilih untuk bawa awek ke tepi tasik yang tak ramai orang lalu. Pegang-pegang lebih kurang, dan bawa pulang ke rumah untuk adegan yang lebih panas. Tapi aku tidak buat.

Sebaliknya aku memilih untuk duduk di kalangan anak seni tepi jalan, dan bawah tanah (whichever applicable) dikelilingi buku-buku yang boleh dipersoalkan halal haramnya dan buku-buku murah yang entah dari celah mana datang. Duduk dan berdiri hangguk-hangguk kepala dengar orang bernyanyi. Hampir-hampir takbir pada cresendo Rajawali. Hampir juga bangun berdiri mengepal tinju ke langit pada deklamasinya bentrok-bentrok pesta demokrasi. 

Aku memilih untuk duduk, dalam barisan anak seni yang peduli. Bukan hanya pandang nama bersinar dan ringgit berkepuk. Tetapi peduli pada pembudayaan bangsa yang kian lama dijahilkan dan dibankrapkan mentaliti dan kemampuan maju mundurnya dalam tangga sosial.

Suara anak muda adalah suara keramat. Nyanyian dan syairnya adalah geselan-geselan halus yang menaikkan syahwat perubahan. Titik tolak maha penting sebelum bangsa mencelik mata dan memurnikan kapasiti intelektual untuk mencetus dan menerima perubahan.

Frinjan sudah masuk versi ke lapan. 

Cukup matang sebenarnya untuk bergelar adat. Cukup besar untuk dipanggil budaya. Cukup haulnya untuk merubah dan membuka mata hati bangsa. Selagimana masih ada ruang untuk suara rakyat didengar, dan jalanan masih tidak terhalang trak merah dan ancaman air gatal; maka berpestalah anak-anak muda dengan lagu dan canangnya tentang demokrasi dan keadilan. Tentang sangkar besi dan kebebasan. Tentang cinta dan anak kepada bekas kekasih yang dikahwini orang lain (aku tak tahu apa kaitannya benda ini).

Maka aku memilih untuk duduk dalam barisan anak muda yang peduli walaupun sedikit ranggi.

Peduli keberadaan bangsa. Pada miskin dan kaya budayanya. Pada untung rugi ilmu dan kesedaran politiknya. Maka aku rasa anak muda sudah tidak begitu lena. Selesa, mungkin. Tetapi tidak begitu lena. Maka bagus begitu.

Aku beli dua naskhah Haruki Murakami. Aku borong semua zine terbaru setelah disogok abang besar yang sampai sekarang aku tak ingat namanya. Pakai baju tin sup tomato, dan ditemani cik adik mass com yang macam tak percaya aku ini budak law UiTM sepertinya.

Aku nampak tua dan ada gaya Cawangan Khas barangkali.

Tak mengapalah. Janji malam ini tidak hujan. Doa aku makbul. Tak payah jual payung. Cumanya masih kecewa tak dapat autograf Beeha.

Frinjan 9 bila?

Ini patutnya jadi muka depan benda yang aku patut jual di Frinjan 8. Malangnya aku cukup gila untuk rijek tiga suku content yang datang dari aku sendiri. Maka benda alah ini aku cuba siapkan untuk Frinjan 9.
Disclaimer: ILBS tak ada kaitan barang sedikitpun. Sikit pun tak.

Ini patutnya jadi muka depan benda yang aku patut jual di Frinjan 8. Malangnya aku cukup gila untuk rijek tiga suku content yang datang dari aku sendiri. Maka benda alah ini aku cuba siapkan untuk Frinjan 9.

Disclaimer: ILBS tak ada kaitan barang sedikitpun. Sikit pun tak.